Monday, 17 September 2012

nasib diri.... (rindu kau, kawan..)

 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


tadi ikot mak ngan abah pergi rumah baruu.. wehiiii ^_^  pegi bersih and kemaskan apa yang patot.. bangah un ikot sekali.. ciannn bangah tak pernah pegi lagi.. heee excited pulak aku tadi.. wawawa urmm kali ni bukan rumah sewa.. tapi rumah hasil pendapatan penat lelah abah bekerja.. walaupun rumah baru ni tak de la seselesa atau sebebas atau seaman atau sedamai macam rumah family kiteorang kat terengganu, tapi kami bersyukur sekurang kurangnya ada tempat berteduh hujan dan panas.. thanks, abah.. :)  then balik rumah, mandi, solat... lepas solat, kuar balik.. abah ajak makan kat luar.. otw balik, tetiba teringat satu benda...... check balik message yang lepas, cari punya cari............ jumpa pon.. ni haaaaaa


'jika kau berasa lelah,
tidak berdaya daripada usaha sepertinya sia sia, 
ALLAH tahu betapa keras engkau sudah berusaha.. 
tika dirimu sudah menangis sekian lama,
 dan hatimu masih terasa pedih, 
ALLAH sudahpun menghitung setiap titisan air matamu.. 
sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan..'
( as-syarh : ayat 5-6 )

ni message yang aku terima daripada seorang teman sewaktu aku ditimpa bermacam macam musibah.. sungguh, aku tak dapat menahan airmata dari mengalir saat membacanya.. aku tahu dia memahami keadaan ku, situasi yang aku alami.. 

dia memang seorang rakan yang baik.. tempat aku menceritakan beban yang aku tanggung sekaligus tempat untuk aku menangis, meluah rasa suatu tika dulu.. dia jugalah yang banyak menasihati aku agar tidak berkawan dan mempunyai hubungan rapat dengan 'dia'..  

'dia' ialah seseorang yang telah memberi impak besar pada perubahan hidupku yang hampir mendorong aku ke jalan yang salah.. sampai sekarang, aku masih ingat setiap kata kata kawan aku ni termasuklah "kalau aku, aku takot nak rapat dengan orang macam tu.. and (bla bla bla).." yes.. lebih kurang macam tu susunan depan ayat kawan aku ni.. 

but now, bila aku dah betol betol menjauh dari 'orang tu' , kawan aku ni pulak yang rapat dengan 'orang tu'.. sedangkan dia tahu apa yang sedang melanda antara aku dan 'orang tu'.. TERKILAN. yup, itu jee perkataan yang mampu aku ungkapkan.. tipulah kalau aku tak terasa dengan keakraban mereka, dengan tingkah laku kau yang seolah olah ada dua watak yang berbeza.. iaitu watak kau depan aku, dan watak kau belakang aku bersama 'orang tu'.. 

sampai aku tertanya tanya weh, kau ni sebenarnya kawan siapa? kawan aku ke kawan 'dia'.. hari demi hari aku pendam rasa tu and sampai satu tahap, aku tak tahu kenapa dah tak de rasa aku nak tegur kau, kawan.. maafkan aku kerana bertindak mengikut perasaan.. mungkin aku terlalu selfish, ego yang terlampau tinggi, or.... whatever lah yang mazmumah pasal aku.. 

tapi aku ada perasaan aku sendiri yang nak kena jaga.. aku tak mampu nak jaga hati orang sedangkan hati aku merana.. kau tahu tak? kau memang tak pernah tahu tu semua.. dan aku lebih tenang dengan cara ni.. seolah olah aku tak pernah kenal kau and 'dia'.. aku sanggup walaupun hidup sorang sorang tanpa sokongan dari sesiapa sebab aku tahu aku masih ada DIA..

aku tak pernah halang kau untuk berkawan or rapat dengan 'dia' sebab tu bukan cara aku dan bukan hak aku untuk aturkan hidup kau, kawan.. aku tak ganggu keakraban kau dan 'dia' dan aku harap kau dan 'dia' jugak tak mengeruhkan setiap aliran ketenangan yang mengalir dalam hati dan sanubari aku, yang aku rasai sekarang.. jauh di sudut hati, aku rindu kau, kawan.. terlalu merinduimu.. =_=