بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
hye, assalamualaikum..
ari ni aku updated lagi.. (:
pasal KP..
actually 3 ari lepas, sekolah aku ada buat kem kepimpinan dan terbuka kepada semua pelajar yang menyibuk nak masuk..
dan aku...salah sorang di kalangan penyibuk tu..
aku join sebab ni tahun last aku jadi warga smktd..
so aku nak cipta kenangan sepanjang aku di sekolah ni..
and paling penting,
aku dapat tambahkan pengalaman...
17/10/12
1.15 p.m, bertolak dari sekolah.. dua buah bas, A&B.. bas A untuk girls and bas B for boys.. sudah takdir, nama aku dan 8 orang student perempuan lain form5 tersenarai untuk naik bas B.. redha jelah.. memandangkan semua lelaki, so kami para wanita ni, kena duduk seat depan.. tepuk tangan... horey horey.. :D aku duduk lajur kedua, baris kedua.. aii ni dah over ni.. bagitau semua.. -,-' k dah.. perjalanan dari sekolah ke bagan lalang mengambil masa selama 1jam lebih.. tepat pukul 2.30 petang kiteorang selamat sampai ke destinasi.. alhamdulillah.. dah sampai, kiteorang bergerak ke dewan.. ingatkan kiteorang yang paling awal.. rupanya sebuah sekolah dari smk dusun nanding, hulu langat dah sampai dulu.. sebuah sekolah agi, nak dekat maghrib baru sampai.. kecohhh giler sekolah dusun nanding.. siap nyanyi ramai ramai pakai gitar lagi.. confused kejap, ni dah sampai kat kem ke, tersesat kat konsert jom heboh mana ni.. then fc arahkan kiteorang duduk berkumpul dalam dewan.. huhh lega... ingatkan dah salah tempat.. wahaha
ADVERTISEMENT
untuk maklumat,
3buah sekolah yang menyertai KP ni.. smk taman desaminium, smk dusun nanding, smk seri tanjong.. melibatkan seramai 278 orang pelajar..
okeh, lepas tu semayang, makan.. malam pulak kena bahagikan kumpulan..bercampur ngan sekolah lain.. aku and 27 pelajar lain, kumpulan 8.. pastu ada aktiviti skit.. agak membosankan tapi tak pe..layan je.. then mandi, bersihkan diri sebelum tidow.. sebuah khemah 5 atau 4 orang je.. khemah aku 5 orang.. aku, fatimah, fatin, nisha, saidatul.. nasib baik tak bercampur ngan sekolah lain.. hihi sedikit lega..
18/10/12
pagi pagi dah bangun.. nak tahu pukul bape? pukul 3 lebihhhhh... bagus tak kiteorang.. acecehhh sebenarnya kan, tak leh tidow... khemah masuk air sebab malam tu hujan lebat.. tu yang bangun awal.. kalau tidow atas tilam empuk, ada aircond, memang lena terus, tak bangun bangun la jawabnya.. then pagi buta tu jugak kiteorang mandi. pastu pegi pantai.. ada aktiviti air.. kena jalan kaki ramai ramai sejauh 2 kilometer, pergi dan balik.. letihh..... tapi best.. cumaaaa rasa kekurangan sebab tak de gambar time kiteorang berendam dalam air laut tu dengan memakai BA.. kamera aku un bukan type yang waterproof punya.. ): so tak leh celup dalam air.. hurmmm lepas dah guling guling, dah meniarap atas permukaan air laut tu, kiteorang ada aktiviti pasir lak.. main la macam macam.. tapi bosan. -.-' aku suka yang game dalam laut tu je.. :D heeee sebab aku sangat cintakan laut.. wahh gitu! *,* lepastu balik khemah, mandi.. huhh punyalah ramai..terpaksa tunggu giliran.. hurmmmmmmmmm bosan. solat, kuar balik.. jungle trakking, and masak dalam hutan.. best? bo oleh laa.. malam pulak, ada malam kebudayaan.. tema 1 malaysia.. group aku buat nyanyian and selit skit sajak.. pukul 12 lebih tidow...
19/10/12
pagi ada senam robik.. besttttt.. i loike benda benda yang melibatkan gerakan dengan iringan musik ni.. hihi then kemaskan khemah, berkumpul kat dewan.. and tiba masanya pemenang untuk malam kebudayaan diumumkan.. hehe kumpulan kiteorang menang dapat tempat ketiga daripada 12 kumpulan.. johan plak, dimenangi oleh kumpulan laki,budak smktd yang jadi pelakon utama.. dorang buat sketsa.. best giler.. pandai dorang berlakon.. (: hihi pastu makan and bla sebelum kaum adam solat jumaat.. conclusion yang aku nak buat skit kat sini, KP ni bo o leh laa bestnya.. untuk malam kebudayaan plak, yang menonjol budak smktd.. bukan nak berbangga ke apa, tapi dorang memang berbakat.. aku teringat cikgu cikgu sekolah aku cakap.. 'budak smktd ni ramai yang berbakat seni..' (: yup.. I'm not deny.. ni gambar yang sempat di snap (: terima kasih, KP, BL.. jumpa lagi... babai..
![]() |
![]() |
![]() |
![]() | ||||||||||




















