Wednesday, 2 January 2013

sesi luahan...

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


blog... :( nak luah ni... boleh tak? capek bangattt... pagi pagi lagi, aku dikejutkan dengan ketukan pintu dan suara yang sangat luar biasa..bukan biasa lagi dahh.. "kakcik..!!! bangun!"  ya, jelas kedengaran suara itu dan aku sangat mengenalinya.. (tengok jam kat phone.. 5.30?!) 'mak aku ni kenapa? ni sape yang nak gi sekolah ni..aku ke ammar..' (hati kecilku bermonolog sendiri..) aku berhasrat untuk teruskan niat murni aku.. baru nak pejam balik, tetibe terdengar sambungan bebelan dari suara yang sama.. 
"kakcikk gi mandi nung derah.. kekgi lambak! gop orang duk tunggu dia jee.. bangun lalu, gi mandi, mayang.. gosok baju siak siak.. siang ke mar kekgi gi koloh lambak.. pukol 6.45 kena masuk kete doh.. sekoloh lening dok macang taon lepah.. sesok doh.. koho ramai.. kekgi..........(ade lagi)"  p/s aku lupaa ada check up hari ni.. sebab tu mak suruh bangun awal ^_^ thanks, mak..
pokoknya, isi penting cuma satu kok.. SURUH BANGUN.. tapi huraian dia.. perghh punyalah panjang.. terbaik aa mak aku ni.. patotlah anak dia yang ni selalu menang kalau masuk peraduan tulis cerpen, buat karangan 3000 pp.. rupanya ilmu 'huraian' itu menurun ke aku.. wakaka terima kasih, mak.. (':

hari ni aku menjadi orang yang sangat sibuk di rumah menggantikan kejap posisi mak aku di coart.. eh silap.. di dapur.. akulah yang tanak nasi.. akulah itu, akulah ini.. gelaran paling cocok gitu dehh buat aku 'bibik'.. yeah! dan.. sebaik melangkah ke ruang tamu... "kakcik... tulih nama jakk.. sarah dok panda..tulisang kakcik lawo..tulisang mok cikgu dok paham" (comel je suara adik gegirl aku ni mintak bantuan) wahaha cehh bangga bhai.. kena puji tulisan lawa.. harhar dan sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, segala buku tulis, buku teks my youngest sister, aku yang tuliskan nama.. tak pe.. aku sukaa (:

lepas balik check up, macam biasalah aku on laptop and tengok masih ada page yang terbukak.. PENGKID.. ya, page itu.. actually semalam aku nak google apa tah.. pastu hati tergerak taip 'male girdle'.. ehh bukan aku nak pakai.. gilee?! aku teringat filem aku bukan tomboi lahh.. pandai dia tutup dorang punya breast.. okeh then, dah nama pon google, segala macam bercampur kat page tu.. niat nak tengok bengkung, tapi ada gambar pompuan ngan pompuan kissing lah, hugging lah.. pastu baca lah apa difference lesbian, penk, and tomboi.. so, memandangkan sifat ingin tahu aku yang terlalu tinggi, aku baca semua kisah, pengalaman orang, ada yang bangkang..

kenapa aku sanggup search and baca semua erk? mesti ada pape.. sebenarnya kan, wahai blog ku... benda ni aku pernah lalui.. aku pernah berdepan dengan orang macam ni.. sebelum terjadi kat aku, selalu sangat isu pengkid kuar paper.. dalam buletin utama un ada gak.. oleh itu, aku jadi menyampah ngan citer macam ni sampai aku cakap "apa lah dorang ni.. entah pape.. lemah sangat sampai boleh jadik couple2 bagai.." so maybe Allah nak aku rasa macam mana situasi sebenar, and maybe jugak Allah nak aku sedar, sentiasa beringat, atauuu mungkin ini ujian untuk ukur tahap pendirian aku,iman aku.. 

kun fayakun.. so bila benda ni kena kat batang hidung sendiri, baru tahu macam mana susah nak hadapi.. pernah satu hari, kawan rapat si pengkid ni cakap kat aku "ko tak payah nak islamik sangat la.. terima je lah dia ni ajak couple sebab dia sayang ko..tak nampak ke" Tuhan je tahu.. seumur hidup, ini yang pertama orang lemparkan tutur kata dahsyat macam tu kat aku.. aku sedih sebab tak de sesiapa time tu untuk pertahankan pendirian aku, untuk sabarkan aku.. aku sorang sorang hadapi semuanya time tu.. T_T 

orang macam dorang ni sangat memahami.. dia pompuan.. so dia tahu apa pompuan nak.. ya, I'm not deny.. sampai kadang kadang banyak sangat persamaan aku dengan dia.. and everytime kalau ada benda yang sweet sweet, macam dia nyanyikan ke, dia cakap nak jadi pelindung aku ke, aku mesti termenung and cakap sendiri  'kan best kalau laki yang buat macam ni kat aku..' and dengan sendirinya airmata aku akan gugur.. sebab aku tak mintak semua ni dari perempuan! aku nak dari lelaki.. sedih kott macam ni.. 

ye, aku pernah kecewa dengan laki.. tapi dalam rasa sayang itu, aku tak semurah macam kebanyakan perempuan yang couple.. aku masih menjaga mahkota diri aku.. alhamdulillah.. sejak aku dikecewakan, aku mintak Allah tutup hati aku untuk mana mana lelaki sampai aku betol betol jumpa dengan lelaki yang benar benar mencintai aku kerana Allah suatu hari nanti.. tetibe rasa sebak bila taip ni.. pedihhnya hati T_T 

aku yakin apa yang berlaku, ada hikmah yang Allah nak bagi.. walaupun bukan untuk aku, tapi untuk orang lain.. walaupun bukan sekarang, tapi suatu hari nanti.. I admit that my faith is not thick.. iman aku tak cukup mantap untuk benda benda macam ni.. tapi sekarang, alhamdulillah hari ke hari, kesedaran tu datang sendiri..walaupun dalam sehari, hanya 5% kesedaran yang aku dapat.. dan bila aku fikir balik, kenapa Allah selalu temukan aku dengan orang yang banyak mengecewakan aku, sebab Allah tak nak aku lupa Dia.. Allah tak nak aku hancur.. Allah masih nak selamatkan aku.. Allah masih sayang aku dan semua makhluknya.. kenapa aku nak ragu ragu dengan kasih sayang Allah yang tak de batasnya.. dan aku yakin ada seorang lelaki yang Allah dah simpan untuk aku.. perjalanan aku masih jauh dan bukan sekarang waktu sesuai untuk Allah temukan jodoh aku.. (': think positive.. yeah! 

aku terharu bila baca ni.. (baris ke3 sampai bawah) 
Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari
sendiri.Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita. Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.


and apa yang boleh aku cakap, untuk apa yang aku rasa sekarang...
terima dorang seadanya.. even as a friend..hargai dorang.. sebab dorang pon manusia biasa..like me.. yang datang dariNya, dan kembali pun padaNya..kalau mampu, bimbing dorang.. slow talk ngan dorang.. and selebihnya, terpulang dorang untuk tentukan nak seronok kat dunia ke, nak seronok rasa syurga Allah.. (aku cakap untuk diri aku gak) dorang tu kalau ada lelaki yang ikhlas sayangkan dorang one day, lastly cair jugak.. dorang pon ada hati, ada rasa.. ya, memang salah hidup dorang tu di sisi agama.. tapi kadang kadang hina di mata manusia sekarang, it's not necessarily selamanya hina pada pandangan Allah.. adakah kenyataan aku salah? dan aku.... lebih yakin dengan hari hari ku.. 

terima kasih, Ya Allah.. (: 
tambahkan rasa cintaku padaMu agar bertambah keteguhan imanku..