بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
alhamdulillah... 16 mac hari tu, berakhir sudah program latihan khidmat negara bagi siri 10/2013.. dah seminggu balik, baru sekarang aku updated.. hehe masa tak mengizinkannnn.... kena lah pahammm..... ehem.. sebenarnya kan, bukan sebab tak de masa.. tapi sebab aku selalu mengelak untuk citer pasal PLKN ni.. aku takot ade titisan air yang akan mengalir.... sedih kottt... dah sayang sangat kat kem... sayang kat cikgu2, kat kawan, kat katil aku... kat tray.. semualah! ada 1 malam tu, KJ bagi borang pelepasan balik dan borang tamat kem.. perghhhh terhenti lamunan yang panjanggggg... time nak isi borang tu, sebak jee rasa... tak nak balik..... :( nak duduk kem........
sebelum pegi kem dulu, aku ada updated pasal PLKN dan aku sertakan sekali harapan aku.. alhamdulillah Allah makbulkan.. ada hikmah aku terpilih untuk menjadi salah seorang pelatih... banyak yang aku dapat.. benda yang aku tak tahu, jadi tahu... dan yang paling berharga bagi aku, pengalaman... terlalu mahal dan tak ternilai pengalaman yang aku dapat sepanjang kem... paling membanggakan, aku antara yang tergolong dalam 100 000++ pelatih terpilih daripada 400 000++ calon spm yang dapat gengam sijil emas tu.. :)
sikit sebanyak pasal PLKN..... ^_____^
bulan pertama, memang aku nak jujur lahhh..!! boringggggg sangat! tapi bila sampai part yang best, memang gempakkk and enjoyyy... kenapa aku cakap boring? sebab bulan pertama tak buat aktiviti lasak lagi.. setiap hari, akan ada kelas untuk modul pertama iaitu modul pembinaan karakter.. dalam kelas modul 1 ni kan, memang terasa macam kembali ke alam kanak kanak riang... wahhhhh! penuh dengan warna warni dan tawa girang.. xD setiap aktiviti dalam kelas modul 1 ni semuanya yang budak2 sekolah pra buat dan belajar.. xD sweet tak? percaya atau tidak, that the fact.. tak caye, meh meh masuk kem.. kelas pon letihhhhh.. sebab dalam seminggu tu, akan ada 2 atau 3 hari kelas sampai petang.. pukol 4 kelas abis.. pukol 5.30 riadah.. perghhhh memang terkejar2.. nak tukar baju lagi, nak solat lagi, makan lagi.. nak mandi? jangan mimpi....
masuk bulan kedua, yeahhhhh inilah yang aku nanti2 kan... modul kedua iaitu modul fizikal.. modul fizikal, wira dan wirawati ada aktiviti dalam hutan.. dalam modul ni amat menitikberatkan ketahanan mental dan fizikal.. di sebabkan modul ni, setiap hari pelatih wajib pumping, buat half jumping jacks, full jumping jacks, sit up.. pumping tu dah menjadi rutin harian pagi dan petang...
best? mestilah! ^______^ dalam modul ni jugak, pelatih buat flying fox, dan menembak guna senjata colt m16.. kat kem tak de tempat khas menembak.. jadik, bas hantar pelatih ke TLDM.. kiteorang menembak kat sana.. dan peluru yang kiteorang kena lepas tu sebanyak 30 butir... haaaaa banyak tak banyak tak? sakit bahuuuu woooo terkena sentakan effect daripada tembakan tu... and sesak hidung sebab asap peluru menyelubungi.. harhar xD sebelum tu, kiteorang kena lari ke padang sasar sejauh 200meter.. giler tak? jarak papan yang kiteorang kena lepaskan tembakan tu, sejauh 100meter.. nak tengok un, kena kecikkan mata.. halussssss je nampak... terasa macam buta kejap.. -.-'
markah lulus tembak 40.. aku? aku dapat 59.... xD dan berjaya memperoleh sebanyak 2 bull! ingat senang ke nak bull haaa? susahhhh... dan wirawati yang paling banyak kumpul markah, assistant kompeni aku.. dia berjaya collect 66markah sekaligus menjadi penembak terbaik.. sikit lagi aku nak potong dia kan.. tak pe tak pe... bukan rezeki......... dan wira plak, dari kompeni alpha.. dia dapat 70markah.. nak bangga jap.. wira alpha tu, kawan baik aku!! yehaaa cayaaaa aa along..! okeh dah.. pastu modul kenegaraan.. dalam kelas lagi and kena buat persembahan.. lagu utama dalam modul kenegaraan, lagu i'm for you dengan lagu 1malaysia.. huhhh kalau dengar lagu tu kat tv, mesti sebakkk... :') rindu kem...............
dan... modul last, khidmat komoditi.. yang tolong masyarakat tu... :) kalau aku nak citer and taip sume, rasanya memang tahun depan abis.. tapi aku ringkaskan, setiap modul yang diajarkan, memang bermakna.. kalau pelatih betol2 menghayati, akan rasa sampai lubuk hati dan sifat cinta kepada negara muncul tanpa sedar.....
haaa minggu terakhir tu, pelatih kena buat 1 aktiviti nih yang dipanggil wirajaya.. aktiviti ni 2 hari 1 malam dalam hutan.. syaratnya, kiteorang tak dibenarkan mandi selama 2 hari 1 malam tu.. lalat? tok sah citer..... nyiiii nyiiii (bunyi lalat) .. lalat tu dah jadik best friend kiteorang time tu.. dah la kiteorang kena jalan sejauh 9km.. perghhhhh! jalan gi mana? dalam hutannn laaaa... kiteorang jugak belajar iktiar hidup dalam hutan.. sedikit sebanyak dapat rasa macam mana pejuang dulu berkorban.. dahsyat, subhanallah.. dan tidow di tengah hutan.. nyamuk..? memang malam tu tidow diiringi muzik yang merdu sangattt.. -.-' dah la kena tidow pukol 2.. tak pe tak pe.. sabar lagi... :) tapi kan, ada orang yang bangun pagi tu, bibir dorang seksi... sebab kena gigit nyamuk.. harhar tetibe bibir jadik mungil.. ehh mungil ke..? ceng gini..
banyak lagi aktiviti yang aku skip dan tak selit dalam ni.. apa yang aku boleh kata, PLKN best!!!! ni sedikit gambar yang sempat di snap..
babai PLKN...
<3 PLKN...
rindu PLKN...
terima kasih, PLKN...
in memory, PLKN SEGARI... :')
~wirawati farah wahidah binti wahid, index 836, kompeni delta, dorm mahsuri~




















