بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــي
Kalau nak berjaya, mestilah kena bersungguh2 kan..?
Not study hard but study smart....
Cara kita belajar pun memainkan peranan penting..
Kadang2 kita tak sedar pun cara kita belajar tu, salah...
Apa yg penting kena faham! Bukannya hafal..
EXCEPT sejarah. Yg tu sah2 la kena otak yg jenis menghafal..
Yg aku tahu, otak hafal tu bukan jenis otak aku..hihi
Yang kedua,
PEMAKANAN.
Necessarily, maggi memang tak boleh sentuh lah..
Tak habis cakap lagi.......!
Tak boleh sentuh kalau nak cemerlang...
Kalau target setakat nak lulus je, tibai lah kau maggi tu puas2... :D
Bukan maggi je, tapi makanan ringan yang pelbagai warna dan perisa tu pun dilarang...
Tapi aku ni kat hostel kadang2 nafsu makan tu takleh kawal..
Makan jugak jajan walaupun sikit.. Huahua
Cikgu handsome kata, budak hostel ni batak..
Batak? K fine, cikgu.. Nasib baik handsome...
Haha tapi betol la tu..
Nak otak 'jalan'?
Haaa makan la coklat...
Kajian saintis menyatakan bahawa coklat boleh buat otak kita cerdas..
Kalau orang ganu, panggilan coklat tu merujuk kepada gula2.. yang dua biji, seposen..
Ishhhh2...
Yg betolnya, coklat bar..
Alaaa macam coklat cadbury yg petak2 tu.. :D
Itulah baru coklat..
*aku pun terikut2 jugak.. sampai lah pindah selangor, baru tahu istilah yg betol.. boleh lah buat pidato ke apa pasal loghat ni penghalang untuk bertutur dengan betul sebab terpengaruh dgn bahasa baku & perkataan serta maksud yg pelik, yg takde dalam BM. :p
Hihi
dengar2 air soya pun boleh buat otak lembap?
Eh?
Favourite aku tu.... :(
Senang cerita, minum air suam la banyak2...
Segala macam toksik dalam badan dapat dibuang... :)
Bila dah jaga yg pertama & kedua tu,
Tapi result exam still jugak tak gempak,
Bermakna kita perlu lihat yang ketiga.
AKHLAK.
Cuba check, scan balik perangai kita.
Mata tengok apa, telinga dengar apa,
Dan yg paling penting, mulut.
Apa yg kita cakap, cara kita cakap.
Ada sakitkan hati orang tak?
1 benda kita kena faham.
Orang ni kadang2 dia tak bagitau dan tak tunjuk yg dia terasa.
So kena pandai2 rasa sendiri.
Peka terhadap perubahan muka orang.
Sebab kalau sekali kita guris hati orang,
Orang tu pulak pendam, macam mana kita nak tahu?
Nak mintak maaf atas kesalahan kita pun tak tahu.
Kalau mintak maaf pun time jumpa2 kan? terlalu umum.
Tak merujuk kepada salah kita tu..
Bibir dia mungkin senyum..
Tapi hati dia?
Tambah pulak bila kita tak tahu, kita ulang2 lagi salah yg sama,
Dan bertambah2 sakit hati orang tu & bertambah2 jugak rahmat yg KITA TAK DAPAT.
JANGAN ADA DENDAM DAN IRI HATI.
Susah kan yg ni?
Sebab aku pun pernah rasa jugak...
Tapi setakat ni,
dengki aku tu tak ada la sampai nak
malukan
atau
jatuhkan
atau
balas apa2 yg buruk terhadap dia..
bila aku dengki, aku akan rasa nk lawan dgn org tu. Haha :D
Nak jadi bagus macam orang tu jugak...
Salah ke?
Apa yg kita perlu tahu,
Rasa tak puas hati kat orang tu, perlu kawal dgn bijak.
Bukan malukan dia, bukan menjeling2..
Sebab masing2 ada kelebihan, kekurangan.
So takyah risau lah..
Apa yg dia takde, kita ada.. Fair and square lah tu.. :D
Yang ni memang takde dalam senarai.
Bukan sebab tak penting.
Tapi teramat2 penting.
DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH
Warden selalu pesan jaga solat 5 waktu, pada waktunya..
Bukan solat 15 minit sebelum habis waktunya..
Warden cakap lagi,
Kalau tak jaga solat, itu lah perkara yg paling takut.
Takut kita tak dapat apa2 akhirat nanti..
Pemanisnya, tambahkan dengan mengaji dan solat sunat..
Solat sunat hajat ke, dhuha ke, istikharah ke, tahajud ke....
YANG BETOL WAKTUNYA.
Lain jenis solat sunat, lain waktunya.. Kan? :)
Dan....................
Kalau semua ni kita dah buat,
Tapi result still jugak tak gempak,
Bukan sebab tak ada rezeki...
Rezeki tu sentiasa ada kat mana2...
Kita gagal sebab BELUM TIBA rezeki kita lagi nak berjaya..
Selalunya kalau kita dah jaga perkara2 di atas,
InsyaAllah akan berjaya..
Allah dah janji siapa yg berusaha pasti berjaya..
Cuma lambat atau cepat je..
Tu bukan kita yg tentukan.
Sabar k? :)
ALLAH TAK MENILAI BERAPA BANYAK PENCAPAIAN KITA.
TAPI ALLAH MENGHITUNG BERAPA BANYAK USAHA KITA.
Aku bercakap untuk diri aku jugak.
For myself too. Dan tips2 ni aku amalkan slow2..
Semoga kejayaan menjadi milik aku kelak.








