بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
assalamualaikum.. terasa nak kongsi apa yang baca tadi...
time baca, tersengih je...
ada betulnya jugak..... :D
2) Diam seorang perempuan sebenarnya bahaya kerana sebenarnya 1001 benda sedang bermain di fikirannya.
3) Bila perempuan sedang bersedih dan cakap "saya okay" sebenarnya dalam hati mereka meronta-ronta ingin beri tahu yang sebenarnya dia tidak okay!
4) 'Teddy bear' sangat di gilai oleh kaum perempuan kerana mereka berharap dan cuba membayangkan itu sebenarnya adalah kamu (lelaki) yang sentiasa akan bersamanya setiap pagi dan malam.
5) Jika seorang perempuan tidak boleh tidur tanpa bantal peluk, itu bermakna dia sebenarnya ingin di sayangi dan di kasihi. (yang ni aku tak sure sangat.depend pada orang.
tapi aku memang kena peluk bantal sebab rasa diri aku selamat. hihi)
tapi aku memang kena peluk bantal sebab rasa diri aku selamat. hihi)
6) Bila berjalan bersama kekasih, perempuan lebih suka di pimpin oleh pasangannya lagi-lagi bila si kekasih buat secara mengejut (kecuali perempuan yang menjaga batas dan kehormatan).
7) Bila mereka cuba menjadi seperti 'inspektor', itu tidak bermaksud mereka ingin mengongkong mu. tetapi mereka tidak mahu menjadi seorang yang LOSER tak tahu di mana dan ke mana kekasihnya pergi.
8) Bila kamu menyakiti hati seorang perempuan dan dia hanya diam seribu bahasa, percayalah itu bermakna tiada peluang kedua bagi kamu!
10) Siapa kata perempuan bukan seorang yang panas baran seperti kamu ? mereka pon sama sahaja! cuma mereka lebih bijak menutup 'baran' mereka dengan perkataan "Hmmmmmm..."
11) Apabila perempuan berkata "TAKPE.. tak payahlah...saya okay je". Sebenarnya dia tidak bermaksud apa yang dikatakan dan dia sedang melawan dengan hatinya sendiri untuk menjaga hati atau dirimu! dalam masa sama, dia berharap kamu memahami kehendaknya.
ni pendapat rarawaheeda sendiri berdasarkan pengalaman dan pandangan
terhadap hubungan orang di sekeliling:
perempuan memang sukar difahami oleh lelaki. kerana apa yang lelaki fikir tidak mungkin sama dengan apa yang perempuan fikir.
perempuan mahu dicintai, dijaga, dimanja, dihargai, dihormati dll.
tetapi dalam masa yang sama, perempuan juga ingin menjaga, menyayangi seseorang lelaki dalam hidupnya. jadi, ada 2 perkara yang perempuan pertimbangkan. antara ingin dijaga atau menjaga hati anda.
nak faham perempuan, renung kelakuannya.
ada sesuatu yang dia maksudkannya.
yang penting, hati.
hati lelaki yang tulus, ikhlas mencintai akan bertaut dan bersatu dengan hatinya yang juga tulus mencintaimu, lelaki. (iaitu perasaan sama dirasai keduanya)
:) sekian, publish!











