Tuesday, 23 December 2014

terlalu memilih pasangan..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. .

Alhamdulillah. .Allah masih memberi peluang untukku menikmati keindahan alam-Nya. .untuk menikmati kehidupan dan terus menyediakan bekalan untuk hari akhirat. .

Pagi ni aku teringat sesuatu.. apakah? Terfikir, terkenang, teringat, terdetik, tersentak dengan perkara yang pernah berlaku di sekeliling.. pada siapa? Usah disoal..

Aku tak faham kenapa sesetengah orang terlalu memilih.. inginkan kesempurnaan mungkin? Biasalah manusia.. tipulah kalau aku tidak pernah memilih kerana ingin tampak sempurna.. tapi yang aku tak faham terlalu memilih soal pasangan..

Jenuhlah... kalau nak cari yang kacak pun ye, yang pandai tahap tip top pun ye, yang kaya, yang alim, yang itu, yang ini.. pakej serentak..semua adalah. Kalau macam tu sampai tua pun tak jumpe..

Cukuplah sebab utama kita menyayangi seseorang kerana baik budinya, hormat kepada orang tua, cukup solatnya.. itu basic. Bila dah jatuh hati sebab itu, Lama2 kenal baru perasan pulak 'hensem jugak dia ni'. Itulah dikatakan ade pakej.. beruntung lah kan. Kiranya jatuh hati bukan sebab muka..

Yang paling tak faham bila ada orang dah jumpa, tapi menolak pulak dah.. nak cari yang lagi baik.. aku nak tanya, kalau kita dah berpunya, then tinggalkan. Nak cari yang lagi baik. Padahal yang dah ada, baik dah! Cukup solat! Hormat,sayang orang tua, lawak, pandai hiburkan hati kita, tak lah bijak sangat dalam pelajaran tapi bijak menyelesaikan masalah. Matang, fikir jauh, tapi tak handsome pun..biasa2 je!

Agak2 kalau kita tinggalkan yang ni, sebab nak cari yang handsome, kaya kaya, anak dato.. kita boleh jamin ke kita akan jumpa yang macam asal tu walaupun dia kaya, handsome, pandai..? Boleh jamin ke? boleh? Boleh? Kalau pandai, handsome, kaya pun belum tentu ada ciri2 yang macam perenggan atas tu.. ^_^

Soooo aku kesal bila dengar ada orang pertikaikan KE-HANDSOME-MAN pakwe seseorang... sesuatu perkara yang sengket! Dulu pernah jugak pertikaikan bini izzue islam. Tapi bila terjadi di sekeliling kita, automatik kita akan menilai dan merenungnya.. astaghfirullahhal'azim..

Sooo the conclusion isssss, tak payahlah susah2 nak cari lain.. apa yang kita ada tu terbaik dah.. takkan la sebab satu kekurangan iaitu tak handsome, kita nak tinggalkan pasangan. Padahal banyak lagi kelebihan yang ada. Takkan kekurangan yang satu dua tu kita nak pertikai. Memang dah hakikat manusia tak ada yang sempurna. Betol?

Kalau banyak kelebihan daripada kekurangan, jangan la duk belek,tilik yang kurang tu.. hargai,bersyukur kelebihan yang lebih banyak daripada kekurangan tu.. barulah mencapai kebahagiann yang dicari.. soal jodoh ke ape, itu soal lain lah pulak. Kita mencari, menyayangi, menghargai. Ada jodoh ke takda, urusan Allah lah.. emmm susah nak jadi manusia ni. Sebab banyak sangat pendapat and ragam orang.. apa2 pun berbalik pada asal utama maklamat kita kat dunia ni.. sentiasa bersederhana.. selamat kan..

Sekian, Publish!! :D