بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
akhir-akhir ni sering kali juga ya aku mendengar,membaca status fb orang tentang couple.
cehh cakap macam indon gituu.. :D
COUPLE ITU HARAM
TIADA COUPLE ISLAMIK
BERCINTA SELEPAS BERKAHWIN
itulah status oranggg..
ya.ya.ya... tetiba sentappp.. :D
tipulah kalau kata tak terkesan di hati..
ada. mesti ada. cuma aku tersenyum bila membaca.
yelah mana taknya, hati tengah bercambah rasa terhadap makhluk ALLAH.
tak dinafikan. status itu betul. memang betul.
dan aku sendiri menyalahkan diri, tunduk, renung melihat diri.
tapi aku tak salahkan perasaan ini.
perasaan yang menjadi fitrah manusia.
perasaan yang ALLAH munculkan, selitkan dalam hati.
ALLAH bagi!
couple.
Itu dah lain. Jahat sangat rasa. kita guna kawan lah.
kawan.
kita berkawan, masing-masing ada rasa yang bercambah, cinta.
BAGI AKU kawan tak salah.
Kawan ye. Bukan couple.
Kawan ye. Bukan couple.
niat kena betol.
SEMUA benda kita nak buat kat bumi ni perlu niat.
dan bila sebut niat, orang tak nampak.
tapi ALLAH nampak. ALLAH tahu. ALLAH faham.
bila dah timbul rasa cinta tu, masing-masing niat nak bina ikatan yang sah.
niat nak kahwin kerana ALLAH.
nak tamatkan zaman bujang sebab takot.
kita SEDANG BERUSAHA.
SEDANG MERANCANG.
aku TAK PERNAH cakap dia pasti jodoh aku.
aku TAK PERNAH cakap dia akan jadi milik aku.
tapi aku MENCUBA.
melangkah ke arah yang diredhai.
aku merancang. ALLAH tentukan.
kalau tak sempat sampai ke alam perkahwinan dengan dia, takda jodoh lah namanya.
okeh. jodoh.
ada orang bimbang, asyik menunggu je bila jodoh nak sampai.
haha macam lawak je ayat aku ni. tapi betul. ada macam ni.
pernah dengar tak dalam rancangan 3 ustazah.
sesiapa tengok rancangan tu insyaALLAH akan pernah dengar.
"memang ALLAH dah tetapkan jodoh kepada setiap orang.
tak payah risau. lambat ke cepat, ada jugak nanti jodoh tu. TETAPI itu bukan bermaksud kita kena duduk je, bukan bermaksud kita kena tunggu je kat rumah, tak perlu berusaha, tak perlu mencuba. keluar, berkawan. cari orang yang baik2"
haa pernah dengar?
itu bukan ayat rekaan ikut sedap aku je. NO!
itu ustazah, yang ada ilmu agama tinggi yang cakap.
tapi aku tak kata couple boleh. couple tetap haram!
maksudnya kat sini, kita berkawan, cari yang baik, bila ALLAH beri rasa cinta,
AUTOMATIK kita akan memasang azam, tekad, niat nak melangkah ke 'masjid ALLAH'.
cuma TUNGGU MASA.
nak habiskan belajar dulu.
kita TAK BERKUASA nak padamkan rasa cinta ni sebab ALLAH BAGI.
cuma atas kita macam mana nak kawal.
aku senang je.
ikut peredaran waktu.
TAK terlalu berharap. TAK terlalu merancang.
ikuttttttt je waktu.
aku tak mengelak dari perasaan cinta,
aku jugak tak terlalu melayan cinta.
ikut saja putaran bumi ni.
sampai masa, kalau ALLAH izin, kahwin jugak aku.
tapi usaha dan niat nak dirikan rumah tangga sentiasa ada.
okey? sekarang faham?
aku nak tanya.
SEMUA orang yang dah berkahwin kat dunia ni,
SEMUA yang duduk rumah je ke? tup tup lelaki datang rumah meminang tanpa kenal.
aku nak tanya.
SEMUA orang yang dah berkahwin kat dunia ni,
tak merancang ke? hari ni jumpe, esok kahwin terus.
mungkin ada. tapi TAK SEMUA.
ITULAH DIKATAKAN JALAN CERITA YANG ALLAH DAH SUSUN.
ALLAH susun jalan dah cantik... buat apa kita nak rumitkan.
setiap orang ada jalan cerita jodoh masing-masing.
ALLAH lebih tahu
wallahu'alam.
publish! fww.
.jpg)
