بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
sebelum tu, meh aku flashback balik perbualan aku dengan mak sebelum aku masuk UKM.
time tu berdua dengan mak kat dapur.
tolong dan belajar masak sekali.
tengah siang ikan, mak datang berdiri di sebelah.
borak punya borak,
entah macam mana keluar topik pasal abang ngah.
abang ngah yang kecewa mati sebab cinta berakhir dengan tragedi.
kesian tengok bangah.
sape tak sedih tengok abang sendiri macam tu kan.
disebabkan tu, keluarlah kisah lampau mak...
perlahan je suara mak.....
******************
"dulu sebelum mak dengan abah, mak ada berkawan dengan sorang laki.
sekampung jugak.
ramai yang tahu pasal mak dengan dia.
kira hot la masa tu... (sempat mak aku melawak)
dia anak orang kaya masa tu.
ada kereta, ada motor.
orang dulu2 masa zaman mak, kalau yang ada kereta tu, kira anak orang berada lah..
keluarga mak dulu tak ada kereta pun. biasa2 je...
mak dengan dia suka sama suka..
tapi mak ayah dia tak suka mak.
orang kaya mana nak pandang orang biasa2 macam mak dulu..
mak ayah dia nak jodohkan kawan lelaki mak tu dengan sepupu dia..
lagipun orang2 dulu, jenis amalkan budaya pilihan keluarga dan nak satukan anak dengan sepupu sendiri..
dengan anak pinak terdekat...
anak orang kaya jugak..
kawan mak tu dah nak masuk pinang mak..
tapi sebab kena ugut (aku tak ingat kena ugut apa)
kawan mak terpaksa lepaskan mak..
lepas spm, abah 'ngorat' mak..
masa tu bukan abah sorang yang nakkan mak..
tapi mak pilih abah jugak..
sebab mak nampak abah bertanggungjawab dalam keluarga dia..
:')
dah jodoh mak dengan abah....
tak lari gunung dikejar...
mak jadi milik abah...
satu hari tu, mak dengan abah pergi pasar (batu 6, kuala terengganu)
mak nampak kawan laki mak tu duduk kat satu sudut.
tak terurus..
senyum sorang2...
dia nampak mak...
dia pandang je mak....
tapi dia tunduk2 mungkin sebab malu dengan keadaan diri dia..
mak kesian.
mak terus tarik tangan abah pergi tempat lain.
barulah mak tahu...
dari kawan2 mak..
dia menagih dadah selepas putus dengan mak dulu..
(aku pandang mata mak. aku nampak ada riak sedih yang mak pendam. kuatnya dirimu ibu!)
tak lama lepas tu mak dapat tahu pulak keluarga dia porak peranda..
dia bercerai dengan isteri (pilihan ayah dia tu)..
ayah dia jatuh miskin..
banyak berhutang..
mak kesian tengok dia..
kesian dengan jalan hidup dia..
tapi dia sendiri yang salah pilih..
kakcik....
dengar ni...
mak nak pesan..
ingat sampai bila-bila..
mak faham perasaan orang muda
nak berkawan tu mesti ada kan?
KECEWA BERCINTA NI BIASA..
benda biasa je, kakcik....
boleh nak sedih..
tapi jangan sampai rosakkan diri sendiri..
mak pun sedih.
tapi mak redha.
dah bukan jodoh mak dengan dia.
mak terima semua.
mak terima abah..
percaya takdir Allah.
Allah dah bagi cantik kat kita, kakcik...
Allah tarik satu, Dia bagi banyak lagi yang baik...
jangan rosakkan diri..."
*******
aku: dah macam cerita novel.. boleh buat novel mak.. (gelak. padahal hati dah sebak)
mak: (mampu angguk je)
berair mata aku..
aku buat2 nak pegi tandas..
then nangis..
kuatnya mak...
redhanya mak...
jadikan aku seperti mak, Ya Rabb..
in shaa Allah