بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang
PENGALAMAN 2013
Sebelum ni aku tak bersungguh pun buat istikharah. tak konsisten. buat sehari pastu tinggal. sampailah tercetusnya peristiwa yang meletakkan aku di tahap buntu yang....... $%@#@$^* pffftt tak tau nak cakap. time ni aku dah tak boleh fikir waras. gila? sikit lagi nak sampai tahap tu hahaha. ok dah dah. panggilan masuk form6 dah heboh sebelum result upu keluar. mak suruh masuk form6 dulu sementara tunggu upu. post lepas aku dah citer pasal first intake upu. taknak citer dah pasal tu! sakit hati. hahaha so aku teruskan form6 dengan bahagianya. serius aku bahagia dah time ni. tu lah. dalam bahagia, kita diuji. tiba2 je upu datang kacau aku. dulu aku nak kat kau, kau tolak aku,, sekarang kau kutip aku balik! kekurangan ajaran kau ni. ye. aku dapat UITM jengka. untuk diploma, memang aku aim UITM. U yg aku gilakan dulu. keliru. bila tanya mak abah, dorang tak mendesak pun. memang mak nak aku belajar form6 je. tapi bila dapat UITM tu, dia tau mesti aku suka. asal mintak pendapat mak, ayat sama je keluar "ikut kakcik lah. mana rasa ok." aihhh
memang seminggu jugak lah tak leh fokus dalam kelas. asyik bermonolog je 'kalau aku terus kat sini, pastu kalau aku tak pass, rugilah aku. asyik kalau kalau kalau je............. kalau ikut hati, mati. ikut rasa, binasa. aku kembali pada fitrah selayaknya yang diperlukan oleh setiap hamba tak berdaya. ISTIKHARAH. Dua minggu aku buat istikharah non stop masa dekat hostel. sampai Allah bagi aku petunjuk melalui mimpi, then gerak hati. takde langsung UITM dalam mimpi aku. berturut2 aku mimpi sekolah. mimpi pengetua n warden tepuk kaki kanan aku masa aku tengah belajar dalam kelas. aku waswas. betul ke ni? tak cukup tu, aku buat lagi. then mimpi sekolah lagi. time ni, tiba2 hati aku macam terikat sangat dengan sekolah. langsung takde rasa nak pegi dah. sekelip mata perasaan berubah.
last2, aku sorang je yang dapat UITM tapi tak pegi. kawan sekelas, kawan kelas sebelah, mana yg dapat tu semua pegi. cikgu sampai tanya aku "kenapa tak pegi?" waktu tu cikgu sempat gurau lagi. nak halau aku keluar form6. katanya lagi sikit orang dalam kelas, lagi senang nak mengajar. amboi cikgu. gigit2 cikgu kangggg.. akhir kata cikgu, "kalau rasa boleh bawak, takpe.. teruskan." :)
segala puji bagi Allah. pada mulanya, dengan berbekalkan pointer yg TAK dekan pun, apetah lagi 4 flat, aku beranikan diri letak UKM as a first choice. bukan setakat first je, yg 2,3,4,5 pun aku letak RU. mustahil jugak la sebab banyak saingan kan...... huhu tapi saja suka2. berangan letak U yang tough. hahaha ouh soooo bad kan. takyah ikut perangai macam ni. selain berangan, memang nak pun U yang ada geografi ni. Alhamdulillah again. aku dapat first choice aku! sampai menangis dekat bahu mak tunjuk result upu. bila dah masuk U, I stop my footsteps for a while then look back. oh Allah! a wonderful destiny that you gave to me.
rupanya UKM yang Allah nak hadiahkan pada aku. ada yang tanya pointer aku then tanya kenapa pilih ukm? terdiam kejap. tak kisah lah orang cakap. sebab aku tak pegang kata2 manusia yang sama kerdil je dengan aku. sama status 'hamba Allah' je macam aku. aku genggam nikmat Allah sebagai utama. tak ada siapa berhak dan layak nafikan! tak kiralah result kau dulu hebat macam mana pun. so...... try lah buat. tak rugi masa pun. curilah sikit masa nak dekat dengan Allah. hadiah yg Allah nak bagi, tak terlintas di benak! percayalah.... yang penting, letakkan keyakinan yang sangat3 tinggi pada DIA.
*btw, september ni dah nak masuk second year. result last sem? alhamdulillah terima kasih Ya Allah. lagi setahun je. bantulah permudahkan setiap langkahku Ya Allah.
CARA-CARA ISTIKHARAH
