Thursday, 25 August 2016

diri kita kuat!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang

satu kisah yang aku nak kongsi.. kisah yang tiada penghujungnya lagi..

memang tepat pun orang kata.. sesuatu yang tidak mendapat redha ibu bapa, tak akan dapat berjalan dengan mudah, dengan lancar.. aku bertindak meninggalkan sesuatu yang mak abah tak redha untuk mendapatkan, mengejarkan sesuatu yang mak abah redha.. sebab aku mula berpegang. redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. aku bahagia. demi Allah aku bahagia. :') aku mula menyimpan impian. membina sebuah harapan. aku mula belajar apa erti serius. aku mula berani untuk tekad dan berjuang pertahankan.. aku mula selitkan doa di setiap sujud dan tadah supaya ini menjadi yang terakhir. yang kekal sampai akhir hayat. sekali lagi aku ulang ayat yang sama daripada post lepas.

dalam bahagia, kita diuji.

hamba yang kerdil, yang tak lepas daripada kesalahan, itulah aku. keputusan yang dibuat dalam keadaan marah, menjadi satu penyesalan. aku khilaf. :'(  sekelip mata, semua berubah. tiada lagi peluang untuk aku. hancur berkecai tekad dan niat aku untuk pertahankan. hancur. :'( sungguh. Allah lah pemegang hati. Allah yang menggerakkan hati pada mulanya, dan Dia jualah yang membekukan hati diakhirnya. Allah. berderai lagi airmata. :'(

Ya Allah, Engkau tak akan hancurkan harapan orang yang menjaga solat, yang mengalunkan kitab suciMu, yang sujud berdoa padaMu kan? :'( Engkau tak akan sanggup untuk melihat orang yang berusaha menjaga hubungan denganMu, sedih dan kecewa kan? Engkau tak akan biarkan orang yang berusaha untuk dekat denganMu, tersungkur jatuh kan? :'(



diri kita kuat!
tapi susahnya Ya Allah........ :'(
seandainya benar aku mampu seperti yang Engkau nyatakan Ya Allah, bantu aku. yakinkan aku dengan hikmah-Mu..  


jika ini ujian untuk menguji sejauh mana kesungguhan aku dalam beribadat, sungguh. aku tak akan berpaling meskipun kecewa dengan jalan hidup :'(  aku tetap percaya padaMu. setinggi keyakinan aku letakkan padaMu...



Friday, 5 August 2016

cara-cara solat sunat istikharah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang


PENGALAMAN 2013
Sebelum ni aku tak bersungguh pun buat istikharah. tak konsisten. buat sehari pastu tinggal. sampailah tercetusnya peristiwa yang meletakkan aku di tahap buntu yang....... $%@#@$^* pffftt tak tau nak cakap. time ni aku dah tak boleh fikir waras. gila? sikit lagi nak sampai tahap tu hahaha. ok dah dah. panggilan masuk form6 dah heboh sebelum result upu keluar. mak suruh masuk form6 dulu sementara tunggu upu. post lepas aku dah citer pasal first intake upu. taknak citer dah pasal tu! sakit hati. hahaha so aku teruskan form6 dengan bahagianya. serius aku bahagia dah time ni. tu lah. dalam bahagia, kita diuji. tiba2 je upu datang kacau aku. dulu aku nak kat kau, kau tolak aku,, sekarang kau kutip aku balik! kekurangan ajaran kau ni. ye. aku dapat UITM jengka. untuk diploma, memang aku aim UITM. U yg aku gilakan dulu. keliru. bila tanya mak abah, dorang tak mendesak pun. memang mak nak aku belajar form6 je. tapi bila dapat UITM tu, dia tau mesti aku suka. asal mintak pendapat mak, ayat sama je keluar "ikut kakcik lah. mana rasa ok." aihhh 

memang seminggu jugak lah tak leh fokus dalam kelas. asyik bermonolog je 'kalau aku terus kat sini, pastu kalau aku tak pass, rugilah aku. asyik kalau kalau kalau je............. kalau ikut hati, mati. ikut rasa, binasa. aku kembali pada fitrah selayaknya yang diperlukan oleh setiap hamba tak berdaya. ISTIKHARAH. Dua minggu aku buat istikharah non stop masa dekat hostel. sampai Allah bagi aku petunjuk melalui mimpi, then gerak hati. takde langsung UITM dalam mimpi aku. berturut2 aku mimpi sekolah. mimpi pengetua n warden tepuk kaki kanan aku masa aku tengah belajar dalam kelas. aku waswas. betul ke ni? tak cukup tu, aku buat lagi. then mimpi sekolah lagi. time ni, tiba2 hati aku macam terikat sangat dengan sekolah. langsung takde rasa nak pegi dah. sekelip mata perasaan berubah. 

last2, aku sorang je yang dapat UITM tapi tak pegi. kawan sekelas, kawan kelas sebelah, mana yg dapat tu semua pegi. cikgu sampai tanya aku "kenapa tak pegi?" waktu tu cikgu sempat gurau lagi. nak halau aku keluar form6. katanya lagi sikit orang dalam kelas, lagi senang nak mengajar. amboi cikgu. gigit2 cikgu kangggg.. akhir kata cikgu, "kalau rasa boleh bawak, takpe.. teruskan."  :)

segala puji bagi Allah. pada mulanya, dengan berbekalkan pointer yg TAK dekan pun, apetah lagi 4 flat, aku beranikan diri letak UKM as a first choice. bukan setakat first je, yg 2,3,4,5 pun aku letak RU. mustahil jugak la sebab banyak saingan kan...... huhu tapi saja suka2. berangan letak U yang tough. hahaha ouh soooo bad kan. takyah ikut perangai macam ni. selain berangan, memang nak pun U yang ada geografi ni. Alhamdulillah again. aku dapat first choice aku! sampai menangis dekat bahu mak tunjuk result upu. bila dah masuk U, I stop my footsteps for a while then look back. oh Allah! a wonderful destiny that you gave to me. 

rupanya UKM yang Allah nak hadiahkan pada aku. ada yang tanya pointer aku then tanya kenapa pilih ukm? terdiam kejap. tak kisah lah orang cakap. sebab aku tak pegang kata2 manusia yang sama kerdil je dengan aku. sama status 'hamba Allah' je macam aku. aku genggam nikmat Allah sebagai utama. tak ada siapa berhak dan layak nafikan! tak kiralah result kau dulu hebat macam mana pun. so...... try lah buat. tak rugi masa pun. curilah sikit masa nak dekat dengan Allah. hadiah yg Allah nak bagi, tak terlintas di benak! percayalah.... yang penting, letakkan keyakinan yang sangat3 tinggi pada DIA. 

*btw, september ni dah nak masuk second year. result last sem? alhamdulillah terima kasih Ya Allah. lagi setahun je. bantulah permudahkan setiap langkahku Ya Allah.  


CARA-CARA ISTIKHARAH



Thursday, 19 November 2015

nasihat bonda tentang cinta

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sebelum tu, meh aku flashback balik perbualan aku dengan mak sebelum aku masuk UKM.
time tu berdua dengan mak kat dapur.
tolong dan belajar masak sekali.
tengah siang ikan, mak datang berdiri di sebelah.
borak punya borak, 
entah macam mana  keluar topik pasal abang ngah.
abang ngah yang kecewa mati sebab cinta berakhir dengan tragedi. 
kesian tengok bangah. 
sape tak sedih tengok abang sendiri macam tu kan. 
 disebabkan tu, keluarlah kisah lampau mak...
perlahan je suara mak.....

******************

"dulu sebelum mak dengan abah, mak ada berkawan dengan sorang laki. 
sekampung jugak. 
ramai yang tahu pasal mak dengan dia.
kira hot la masa tu... (sempat mak aku melawak)
dia anak orang kaya masa tu.
ada kereta, ada motor. 
orang dulu2 masa zaman mak, kalau yang ada kereta tu, kira anak orang berada lah..
keluarga mak dulu tak ada kereta pun. biasa2 je... 
mak dengan dia suka sama suka..
tapi mak ayah dia tak suka mak. 
orang kaya mana nak pandang orang biasa2 macam mak dulu..
mak ayah dia nak jodohkan kawan lelaki mak tu dengan sepupu dia.. 
lagipun orang2 dulu, jenis amalkan budaya pilihan keluarga dan nak satukan anak dengan sepupu sendiri..
dengan anak pinak terdekat...
anak orang kaya jugak..

kawan mak tu dah nak masuk pinang mak..
tapi sebab kena ugut (aku tak ingat kena ugut apa)
kawan mak terpaksa lepaskan mak..
lepas spm, abah 'ngorat' mak..
masa tu bukan abah sorang yang nakkan mak..
tapi mak pilih abah jugak..
sebab mak nampak abah bertanggungjawab dalam keluarga dia..
:')

dah jodoh mak dengan abah.... 
tak lari gunung dikejar...
mak jadi milik abah...
satu hari tu, mak dengan abah pergi pasar (batu 6, kuala terengganu)
mak nampak kawan laki mak tu duduk kat satu sudut. 
tak terurus..
senyum sorang2...
dia nampak mak...
dia pandang je mak....
tapi dia tunduk2 mungkin sebab malu dengan keadaan diri dia..

mak kesian. 
mak terus tarik tangan abah pergi tempat lain.
barulah mak tahu...
dari kawan2 mak.. 
dia menagih dadah selepas putus dengan mak dulu..
(aku pandang mata mak. aku nampak ada riak sedih yang mak pendam. kuatnya dirimu ibu!)
 
tak lama lepas tu mak dapat tahu pulak keluarga dia porak peranda..
dia bercerai dengan isteri (pilihan ayah dia tu)..
ayah dia jatuh miskin..
banyak berhutang..
mak kesian tengok dia..
kesian dengan jalan hidup dia..
tapi dia sendiri yang salah pilih..

 kakcik....
dengar ni...
mak nak pesan..
ingat sampai bila-bila..
mak faham perasaan orang muda
nak berkawan tu mesti ada kan?
KECEWA BERCINTA NI BIASA..
benda biasa je, kakcik....
boleh nak sedih..
tapi jangan sampai rosakkan diri sendiri..
mak pun sedih. 
tapi mak redha. 
dah bukan jodoh mak dengan dia.
mak terima semua.
mak terima abah..
percaya takdir Allah.
Allah dah bagi cantik kat kita, kakcik...
Allah tarik satu, Dia bagi banyak lagi yang baik...
jangan rosakkan diri..."

*******
 
aku: dah macam cerita novel.. boleh buat novel mak.. (gelak. padahal hati dah sebak)
mak: (mampu angguk je)

berair mata aku..
aku buat2 nak pegi tandas..
then nangis..
kuatnya mak...
redhanya mak...
jadikan aku seperti mak, Ya Rabb..  
in shaa Allah
 

Monday, 16 November 2015

mahligai kasih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

lagu yang membuatkan aku terdiam. berfikir sejenak. mengenang. muhasabah diri.
Ya Rabb, 
aku mohon ampun atas perasaan ini T_T
perasaan terhadap hambaMu,
perasaan yang aku sendiri tak minta kewujudannya...
tuntun aku dalam redhaMu, Ya Ilahi...

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..

Saturday, 7 November 2015

kasihku abadi, in-team



Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa

Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki


F.E.E.L

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tiba-tiba rasa nak layan video clip ost titanic.
MY HEART WILL GO ON


ermmm takdir kan. 
bukan nak cakap pasal video ni je. 
kalau tengok realiti kehidupan kita pun, cantik je kan jalan cerita yang Allah dah atur.
pertemuan yang tak diduga. tak dipinta. tak dirancang.
timbul pulak rasa 'pelik' tu.
perasaan yang tak terlintas pun akan ada, akan muncul.
tiba-tiba je.....

dari perasaan suka tengok cara dia je,
boleh pulakkk jadi makin dalam...
sayang, care pasal dia.. 
nak tahu apa dia buat, dengan siapa dia kawan..
 parah lagi, ada rasa jealous!
dari situ kita sendiri faham dan lebih kenal hati kita kan?
tak payah google. tak payah jumpa kaunseling.

cinta. 
tiba-tiba rasa nak mengada-ngada, nak merajuk pulakkk...
ini serius!
tapi.......
kita sendiri tak dapat jangka sampai bila rasa tu...
bertahan.
ada.
kekal.

boleh jamin?
dia cinta sebenar kita?

video ni bagi gambaran..
tak semua orang dapat miliki cinta tu selamanya...
T_T

apa yang kita nak, 
tak semestinya kita dapat.

*kau pun mesti ada pilihan kau sendiri.
macam tu jugak aku.
tapi pilihan aku, kau......
dan.... pilihan kau bukan aku.

Wednesday, 3 June 2015

sekadar meluah...

haiiiii assalamualaikum...
berape bulan dah aku biarkan diary ucuk aku sesorang...?
haaaaaaa lama sangat dahhhhh!

akhir2 ni memang aku tidur lambat........ why why ohhh why...
sebabbbb nk siapkan video satu ni haaa..
video ape? ada lahhhh.. 
nanti kalau dapat and confirm, baru aku citer ter ter....

yang penting sekarang aku berusaha siapkan dengan jayanya!
dengan cantiknya!
dengan kreatifnya!
dengan semua lah yang baik2.....
man jadda wa jada
sesiapa yang berusaha bersungguh2, pasti akan berjaya
jadi... aku hanya mampu berusaha!
yang terbaik!
go farah! you can do it! 

ouh, banyak benda yang aku tak cerita kan... nantilah...
bila dah cukup semua gambar baru besttt! syokkkk!!

haaa hari ni ada 1 ayat sesuai sangat dengan apa yang berlaku hari ni..
ayat yang lahirrrrr dari hati aku yang.....
tak de la tulus sangat tapi tulus lah! 
%$#%^&*&%#@ haha bebelit macam budak tak sekolah...

BIAR ORANG BUAT KAT KITA
JANGAN KITA BUAT KAT ORANG
TAKPE SABAR.. ALLAH UJI, ALLAH SAYANG.... :)))
ORANG YANG MENGKHIANATI ITU, 
IALAH ORANG YANG TAKKAN JUMPA KETENANGAN
MELAINKAN DENGAN MERENDAH DIRI DAN MEMINTA MAAF